Sunday, November 2, 2008

apela yang mereka nak buat dengan apa yang mereka ada


Kaya aku kaya…ops…bukan aku kaya, tapi kayap ada laa….depa ni semua yang kaya....


40 Terkaya Di Malaysia

1. Robert Kuok USD 5.6 billion

83 tahun, berkahwin, 8 orang anak.

Kuok Group, Pacific Carriers Ltd, Transmile Group


2. Ananda Krishnan USD 4.6 billion

68 tahun, bercerai, 3 orang anak.

Maxis Comminications, Aircel Ltd, Powertek Berhad.


3. Teh Hong Piow USD 2.1 billion

76 tahun, berkahwin, 4 orang anak.

Public Bank.


4. Lee Shin Cheng USD 2.05 billion

67 tahun, berkahwin, 6 orang anak.

IOI

5. Quek Leng Chan USD 2 billion

65 tahun, berkahwin, 3 orang anak.

Hong Leong Group, Guoco Group.


6. Lim Goh Tong USD 1.5 billion

88 tahun, berkahwin, 6 orang anak.

Genting Groups.

7. Yeoh Tiong Lay USD 1.1 billion

76 tahun, berkahwin, 7 orang anak.

YTL Corporation.


8. Tiong Hiew King USD 1.05 billion

70 tahun, berkahwin, 3 orang anak.

Rimbunan Hijau Group, Ming Pao Enterprises.


9. Syed Mokhtar AlBukhary USD 1 billion

54 tahun, berkahwin, 5 orang anak.

Malaysia Mining Corporation(MMC)


10. Lim Kok Thay USD 440 juta

54 tahun, berkahwin. Anak Lim Goh Tong (no.6)

Genting Group, Star Cruises.

11. Azman Hashim USD 405 juta

66 tahun, berkahwin, 5 orang anak.

AM Group, Ambank.


12. Vincent Tan USD 355 juta

54 tahun, berkahwin.

Berjaya Group.


13. Kua Sian Kooi USD 285 juta

54 tahun.

Kurnia Asia.


14. Lim Wee Chai USD 210 juta

48 tahun, berkahwin, 2 orang anak.

Top Glove.


15. Anthony Fernandes USD 205 juta

42 tahun, berkahwin.

AirAsia.


16. Vinod Sekhar USD 200 juta

37 tahun, berkahwin, 2 orang anak.

Petra Group.


17. G. Gnanalingam USD 170 juta.

62 tahun, berkahwin, 3 orang anak.

Westports (rakan kongsi Ahmadayuddin no.24)


18. Kamarudin Meranun USD 165 juta

45 tahun, berkahwin.

Executive Director (Corporate Finance) AirAsia.


19. Chong Chook Yew USD 145 juta.

84 tahun, janda (balu kepada Wen Tien Kuang), 4 orang a

nak.

Selangor Properties


20. Hamdan Mohamad USD 140 juta.

50 tahun.

Ranhill Group.

21. Jeffrey Cheah USD 125 juta.

Sunway Group.


22. Mustapha Kamal Abu Bakar USD 120 juta.

57 tahun.

MK Land.

23. Abdul Hamid Sepawi USD 120 juta.

56 tahun.

Ta Ann, Naim Cendera


24. Ahmadayuddin Ahmad USD 115 juta.

50 tahun, berkahwin, 4 orang anak.

Westports (rakan kongsi G Gnanalingam no.17)


25. Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir USD 110 juta.

59 tahun.

Killinghall, bekas pengerusi dan pemegang saham terbesar Southern Bank.


26. Lee Hau Hian USD 100 juta

53 tahun.


27. Lee Oi Hian USD 100 juta

55 tahun, berkahwin, 4 orang anak.


28. Lee Soon Hian USD 100 juta

49 tahun.

Batu Kawan, Kuala Lumpur Kepong, Crabtree & Evelyn.


29. Tiah Thee Kian USD 95 juta.

58 tahun, berkahwin.

TA Enterprise


30. Tan Teong Hean USD 95 juta.

63 tahun, berkahwin, 3 orang anak.

Bekas Ketua Pengarah Executive Southern Bank.


31. Lim Thian Kiat USD 95 juta.

47 tahun.

Bekas Pengerusi Multi Purpose Holdings.


32. Yaw Teck Seng USD 90 juta.

68 tahun.

Samling Group, Lingui Development, Glenealy Plantations.


33. Lim Tong Yong USD 85 juta.

56 tahun.

Bekas Ketua Executive Pantai Group.


34. John Chia USD 80 juta.

57 tahun.

Unisem


35. Rozali Ismail USD 80 juta.

50 tahun.

Puncak Niaga.

36. Ong Leong Huat USD 75 juta.

62 tahun.

OSK Group.


37. Lau Cho Kun USD 75 juta.

Malaysian Mosaics.

38. William Cheng USD 70 juta.

63 tahun.

Lion Group

39. Shaari Ismail USD 70 juta

51 tahun.

Pemegang saham Puncak Niaga, abang Rozali Ismail (no. 35)


40. Kasi K.L. Palaniapan USD 65 juta

48 tahun.

MK Land (rakan kongsi Mustapha Kamal no.22)



Sumber : Forbes Asia

ni la anak-anak Malaysia yang kaya raya harta mereka berjuta-juta sampai mati pon tak habis punya, bila mati anak-anak berebut harta...sapa yang kaya, sapa yang berharta, sapa yang merasa dan sapa juga yang merana...tak dapat nak di n afikan zaman sekarang, sapa yang kaya dia lah yang di pandang mulia yang miskin di cerca hina, adakah antara mereka yang bangun membantu anak bangsa? tak kira bangsa ataupun agama...." bila kaya kita serupa, bila miskin kita berbeza" orang lain berhak juga merasa, dalam setiap harta yang kita ada, ada bahagian untuk mereka. kaya atau miskin kita serupa, kekayaan itu dipinjamkan oleh yang maha kuasa untuk kita...pandaila kita semua memahami yang tersirat itu.. biar la orang menyebut nama kita kerana kita berbakti, bukan kerna kita menyimpan harta yang membukit. banyak lagi antara kita yang miskin, makan pon tak cukup.


supaya kita beroleh ketenangan kerna apa yang kita lakukan ini adalah penenang jiwa penawar duka mengahapus sengsara kelak itu lah bekal kita di hari muka.

Wednesday, September 24, 2008

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN


Assalamualaikum, hari yang baik, bulan yang baik, bermaafan sesama kita mengeratkan lagi tali silaturrahim yang sedia tersimpul antara kita, anadai ada terkasar bahasa maaf dipinta, aku tau aku banyak ja buat salah kat luar sana. ni yang nak mintak maaf ni.huhhuu, smoga kita semua mendapat keberkatan di hari yang mulia ni, jangan lagi dikenang benda yang lepas, kita akan terus bergerak ke hadapan, andai kita melakukan kesalahan, itu adalah lumrah..sesama kita haruslah saling maaf-memaafi. " manusia adalah melakukan kesalahan, andai tidak melakukan kesalahan, maka bukanlah manusia, so saya melakukan kesalahan, jadi saya manusia la kan" heheheh. akhir kata


SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA.
SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
0-0



Tuesday, September 23, 2008

ORANG ASLI DAN PENDIDIKAN



Orang asli ni boleh dikategorikan kepada 3 jenis. negrito, senoi dan malayu-proto. so korang semua ni kategori yang mana satu.hehehee. aku dapat pulak tugasan baru, kena buat proposal plak tu, takdan nak rilex-rilex, dah la tadi pagi aku telambat bangun sah-sah la aku lambat juga masuk kelas. besiap dahla macam kartun mata bengkak macan ikan emas.malu aku pagi tadi. tapi nak wat macam mana, aku tak ponteng kelas ooo semester ni.heheheh.

kat mana la aku melalut ni, sebut kata orang asli atau "orang asal" pun boleh gak, komuniti orang asli ni tak pentingkan sangat pendidikan ni, bagi mereka pendidikan ni mahal. mahal dari segi kos nak hantar anak-anak pergi sekolah, mahal nak beli baju la, mahal nak beli buku teks la, semuanya mahal.minyak mahal, semuanya pun mahal.hehehe. aku pun tak sangka yang aku nak wat pasa orang asli ni, tapi bagi aku boleh gak tambah keinsafan dalam diri aku ni. asyik pikir senang ja,tak langsung pikir orang yang dok dalam susah.

dulu-dulu orang asli ni pun tak tahu macam mana nak baca buku, buku pon depa tak tau apa dia, tapi sekarang, ada yang dah berjaya, ada yang dah jadi kaya duit juta-juta, jadi artis pun ada siap ada band sendiri tu, famous gila orang asli ni sekarang. sebab apa, sebab ada pendidikan, ada kemajuan yang masuk kedalam mata kepala mereka. kalau setakat masuk dalam kampung, tapi depa tak nampak, hati tak menerima pembaharuan tu, tak jadi apa juga. Alhamdulillah, kerajaan yang ada sekarang banyak membantu, dalam budjet pun ada masuk dana yang banyak untuk pendidikan dan terutamanya dekat geng-geng original ni.

dapat kita tengok pembangunan yang berlangsung kat dalam kawasan orang asli, ada sekolah yang maju la, ada asrama, serba seri pasal pendidikan ni memang best dan mampu bagi pendidikan yang terbaik kepada orang original di pedalaman sana.

Friday, September 19, 2008

suci dalam debu....


Al-Quran merupakan mukjizat yang besar yang diturunkan kepada nabi Allah Muhammad S.A.W. isi kandungannya mencakupi sehingga ke hari kiamat kelak, gaya dan ketinggian bahasanya adalah tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. membacanya merupakan satu ibadat. tetapi adakah kita dengan konsisten membaca dan terus membaca al-quran? tepuk dada tanya la diri sendiri, atau pun al-Quran itu menjadi penyeri dan sekadar hiasan di bilik sembanhyang yang ternyata menjadi apa yang say maksudkan sebagai "SUCI DALAM DEBU" Al-Quran yang suci tetapi apabila tidak di baca, di buka, di belek kelak, ada la debu tu..bukanlah juga al-quran ini menjadi bacaan kita pada malam jumat sahaja taupun di baca ketika kematian aje, kalaulah kita terus membaca dan juga memahami apa isi kandungannya, alangkah bermakna dan juga secara tidak langsung kita lebih dekat dengan ALLAh S.W.T.

Bulan yang mulia ini, bulan ramadhan adalah bulan al-Quran dimana bulan turunnya Al-Quran. pandang-pandang, fikir dan terus berfikir adakah kita terus lagi membaca al-Quran setelah kita "khatam" al-Quran kerana pada pandangan saya kita semua ni belum pun khatam al-Quran... baca ja abis makna pun tak tau...sekadar renungan dan peringatan untuk diriku dan semua yang kat luar tu...moga ada anjakan paradigma dalam diri kita semua...

Wednesday, September 17, 2008

RENUNG-RENUNGKANLAH...


The Night of Power (Lailatul Qadr) is better than a thousand months [al-Qadr, 97: 3].

Tuesday, September 16, 2008

APEX U

GEMILANG! itulah kata-kata yang pasti berlegar di minda semua INDIVIDU RAKYAT malaysia UMUMNYA dan kepada pentadbir jua penuntut APEX universiti iaitu UNIVERSITI SAINS MALAYSIA khususnya kerana dianugerahkan sebagai APEX U yang ternyata memberi cabaran yang agak ekstrim kepada kesemua penghuninya. sesungguhnya menjadi yang terbaik di antara yang terbaik adalah satu penghormatan yang tinggi yang diberikan oleh KERAJAAN MALAYSIA adalah membuktikan KAMI MEMIMPIN adalah selari dan bertepatan sekali dengan slogan USM sendiri. istilah melangkah mungkin lagi tidak releven dengan zaman sekarang sebaliknya harus berlari dan terus memecut bagi memastikan misi dan matlamat dapat dicapai dan meninggalkan legasi yang besar yang pasti akan terpahat di setiap warga USM dan member impak yang mendalam kepada MALAYSIA dan dunia.
perubahan harus dilakukan dari pelbagai sudut,"jangan berfikir tentang cabaran tetapi berfikir mengenai peluang". Sebagai APEX U, fizikal adalah perlu, suasana yang ceria akan memberi dan menaikkan lagi semangat yang ada. pasti USM akan bertukar wajah, peningkatan insfrastruktur, pembaikan perlu kepada penceriaan ini.
KAMI BOLEH! itu pasti akan menjadi ungkapan yang mesti dan sentiasa berkobar dan terus bergetar dalam diri setiap warga kampus USM. mungkin ada yang harus berwaspada jika hanya duduk di USM tetapi 'dok saja'...."hidup ini berputar seumpama roda'' untuk sentiasa di atas, kualiti adalah harus dan 'wajib' di jaga. seumpama memiliki permata yang bernilai, itulah perasaaan kepada sesiapa yang menjadi warga USM dan juga yang bakal menjadi warga USM.
belajar dari yang terbaik, untuk menjadi yang terbaik dan hasilnya adalah paling terbaik diantara yang terbaik.

Thursday, September 11, 2008

yang tercinta....


ayah dan ibu...jangan lah bagi hati mereka terluka dek semua perbuatan yang kita lakukan...jagalah tingkah laku, perbuatan, amat penting menjaga hati kedua ibu dan bapa...sesaat mereka marah betapa besarnya dosa yang kita dapat..sebaliknya kita menggembirakan hati mereka dengan menyenangkan hati mereka....tiada sayu, tiada sebak di hati...air mata yang mengalir air mata kegembiraan, hati penuh dengan rasa bangga dan dipenuhi kepuasan, besar pahala yang kita dapat...ibu bapa tiada ganti...tidak dapat di sama dengan sesiapa pun...kasih sayang mereka kasih sayang yang abadi...keredhaan mereka membuka kita ke jalan yang direstui Allah...jalan yang penuh dengan keterangan....hati yang senang menjalani kehidupan yang penuh dugaan, setiap hari bergelumang dengan nafsu dan jiwa penuh kekotoran....kita jangan la membelkangi mereka walau dalam apa jua keadaan pon..kerna adanya mereka baru adanya kita....penderitaan 9 bulan harus de kinang sepanjang zaman, belawan dengan kesakitan...jerit perih, penat letih mereka mencari rezki membesarkan kita..... buka la mata, nilai lah diri ....di mana kita...adakah kita pernah dan sering menyakiti hati mereka....kesilapan banyak mengajar diri aku....