Tuesday, September 23, 2008

ORANG ASLI DAN PENDIDIKAN



Orang asli ni boleh dikategorikan kepada 3 jenis. negrito, senoi dan malayu-proto. so korang semua ni kategori yang mana satu.hehehee. aku dapat pulak tugasan baru, kena buat proposal plak tu, takdan nak rilex-rilex, dah la tadi pagi aku telambat bangun sah-sah la aku lambat juga masuk kelas. besiap dahla macam kartun mata bengkak macan ikan emas.malu aku pagi tadi. tapi nak wat macam mana, aku tak ponteng kelas ooo semester ni.heheheh.

kat mana la aku melalut ni, sebut kata orang asli atau "orang asal" pun boleh gak, komuniti orang asli ni tak pentingkan sangat pendidikan ni, bagi mereka pendidikan ni mahal. mahal dari segi kos nak hantar anak-anak pergi sekolah, mahal nak beli baju la, mahal nak beli buku teks la, semuanya mahal.minyak mahal, semuanya pun mahal.hehehe. aku pun tak sangka yang aku nak wat pasa orang asli ni, tapi bagi aku boleh gak tambah keinsafan dalam diri aku ni. asyik pikir senang ja,tak langsung pikir orang yang dok dalam susah.

dulu-dulu orang asli ni pun tak tahu macam mana nak baca buku, buku pon depa tak tau apa dia, tapi sekarang, ada yang dah berjaya, ada yang dah jadi kaya duit juta-juta, jadi artis pun ada siap ada band sendiri tu, famous gila orang asli ni sekarang. sebab apa, sebab ada pendidikan, ada kemajuan yang masuk kedalam mata kepala mereka. kalau setakat masuk dalam kampung, tapi depa tak nampak, hati tak menerima pembaharuan tu, tak jadi apa juga. Alhamdulillah, kerajaan yang ada sekarang banyak membantu, dalam budjet pun ada masuk dana yang banyak untuk pendidikan dan terutamanya dekat geng-geng original ni.

dapat kita tengok pembangunan yang berlangsung kat dalam kawasan orang asli, ada sekolah yang maju la, ada asrama, serba seri pasal pendidikan ni memang best dan mampu bagi pendidikan yang terbaik kepada orang original di pedalaman sana.

No comments: