Tuesday, September 16, 2008

APEX U

GEMILANG! itulah kata-kata yang pasti berlegar di minda semua INDIVIDU RAKYAT malaysia UMUMNYA dan kepada pentadbir jua penuntut APEX universiti iaitu UNIVERSITI SAINS MALAYSIA khususnya kerana dianugerahkan sebagai APEX U yang ternyata memberi cabaran yang agak ekstrim kepada kesemua penghuninya. sesungguhnya menjadi yang terbaik di antara yang terbaik adalah satu penghormatan yang tinggi yang diberikan oleh KERAJAAN MALAYSIA adalah membuktikan KAMI MEMIMPIN adalah selari dan bertepatan sekali dengan slogan USM sendiri. istilah melangkah mungkin lagi tidak releven dengan zaman sekarang sebaliknya harus berlari dan terus memecut bagi memastikan misi dan matlamat dapat dicapai dan meninggalkan legasi yang besar yang pasti akan terpahat di setiap warga USM dan member impak yang mendalam kepada MALAYSIA dan dunia.
perubahan harus dilakukan dari pelbagai sudut,"jangan berfikir tentang cabaran tetapi berfikir mengenai peluang". Sebagai APEX U, fizikal adalah perlu, suasana yang ceria akan memberi dan menaikkan lagi semangat yang ada. pasti USM akan bertukar wajah, peningkatan insfrastruktur, pembaikan perlu kepada penceriaan ini.
KAMI BOLEH! itu pasti akan menjadi ungkapan yang mesti dan sentiasa berkobar dan terus bergetar dalam diri setiap warga kampus USM. mungkin ada yang harus berwaspada jika hanya duduk di USM tetapi 'dok saja'...."hidup ini berputar seumpama roda'' untuk sentiasa di atas, kualiti adalah harus dan 'wajib' di jaga. seumpama memiliki permata yang bernilai, itulah perasaaan kepada sesiapa yang menjadi warga USM dan juga yang bakal menjadi warga USM.
belajar dari yang terbaik, untuk menjadi yang terbaik dan hasilnya adalah paling terbaik diantara yang terbaik.

No comments: